Monday 12 December 2011

SOALAN PENGUKUHAN

UJIAN 3

Saturday 10 December 2011

POWERPOINT RUKUN SOLAT

UJIAN 2

Ujian 2(Blog)

UJIAN 1

Ujian 1(Blog)

Wednesday 7 December 2011

CARA-CARA SEMBAHYANG

Thursday 27 October 2011

Solat Demo For Children

Belajar Sembahyang

<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/hmDV25DfGls" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Friday 14 October 2011


WIRID DAN DOA 

DOA RINGKAS SELEPAS SEMBAHYANG
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
note: Semoga ALLAH memberkati ilmu yang dipanjangkan. Dan jutaan terima kasih kepada mereka-mereka yang telah mengusahakan(menyalin kedalam bentuk digital) wirid dan doa ini. Sedang aku ini hanyalah salah seorang pemanjangnya sahaja.

Saturday 8 October 2011

huda-ajarlah anakmu sembahyang

-
BALASAN BAGI YANG MENINGGALKAN SOLAT

Barangsiapa yang (sengaja) meninggalkan solat fardhu lima waktu :-
Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun* di akhirat. (1 tahun diakhirat=1000 tahun didunia=60,000 tahun) 

Zuhur
 – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim.
Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah
Maghrib  Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.
Isyak Allah SWT berseru kepada mereka :- Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.”
Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:
Dunia Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
Sakaratul MautRuh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
(su’ul khatimah)
Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
Alam BarzakhDia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)
(Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)
Hari QiamatHisab keatasnya menjadi sangat berat
Allah SWT tersangat murka kepadanya.
Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.



Sembahyang itu Tiang Agama


Dari Muaz, r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda :”Kepala atau asas agama (yang aku bawa) ini ialah Islam(melafazkan dua kalimah syahadah yang mengesahkan ) dan (dengan itu) sesiapa yang telah Islam: selamatlah dia (dunia dan akhirat); dan (selain itu) tiang agama ialah sembahyang” 

(Riwayat Tabrani)

Dalam hadith lain disebut…Bahawasanya sembahyang lima waktu itu tiang agama. Imam Al-Baihaqi meriwayatkan, nabi pernah bersabda yang maksudnya, “Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama..

DariJabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda: 
“Anak kunci syurga ialah sembahyang”. Dalam satu hadith qudsi disebut “Siapa sembahyang fardhu dalam waktu yang ditetapkan, maka tugas Akulah memasukkannya ke dalam syurga. Kalau mereka tidak melakukannya, terpulanglah kepadaKu.

Sembahyang ialah anak kunci yang ada lima bilah iaitu lima waktu sembahyang. Sembahyang boleh menguatkan zahir dan batin. Dari segi zahir sihat tubuh badan kerana banyak pergerakan. Dari segi batin, ia meningkatkan kedudukan rohani seorang Islam disisi Allah. Ada orang yang dinaikkan darjah kedudukannya menjadi wali dengan mengerjakan sembahyang sunat dengan banyaknya (selain fardhu) semata-mata kerana Allah, tanpa melalui ilmu tarikat.

Sabda Rasulullah:
 “Wala Yazalu ‘Abdi Yataqarrabu Ilayya Bin Nawafil… sentiasalah ada hamba-hambaku yang mendekatkan dirinya kepadaku melalui sembahyang-sembahyang (sembahyang sunat mutlak- bukan sembahyang mengiringi waktu)

Dialog bayi dengan Allah sebelum lahir ke dunia

Suatu ketika, seorang bayi siap dilahirkan ke dunia. Menjelang dikeluarkan ke alam dunia, dia bertanya kepada Tuhan yang menciptakannya:

Bayi: “Tuhan, para malaikat di sini mengatakan bahwa besok aku akan dilahirkan ke dunia. Tetapi, bagaimana caranya aku hidup di sana? Aku begitu kecil dan lemah.”

Tuhan: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan selalu menjaga dan menyayangimu setiap saat.”

Bayi: “Tapi aku sudah betah di surga ini, apa yang kulakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa, ini cukup bagiku untuk bahagia.”

Tuhan: “Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan lebih berbahagia.”

Bayi: “Apa yang dapat kulakukan kalau aku ingin berbicara padamu?”

Tuhan: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa.”

Bayi: “Aku mendengar bahwa di bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungiku Tuhan”?

Tuhan: “Malaikatmu akan melindungimu dengan taruhan jiwa raganya.”

Bayi: “Tapi aku akan bersedih karena tidak melihat Engkau lagi.”

Tuhan: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepada-Ku, walaupun sesungguhnya Aku selalu berada di sisimu.”

Saat itu surga begitu tenangnya … sehingga suara dari bumi pun dapat terdengar dan sang anak dengan suara lirih bertanya:

Bayi: “Tuhan… jika aku harus lahir ke dunia sekarang, bisakah Engkau memberitahuku, siapa nama malaikat di rumahku itu nanti”?

Tuhan: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu dengan sebutan: I… B… U 

Harapan Ku...


YA ALLAH... tidak aku gadaikan tawaran untuk menjadi calon bidadari syurga semata-mata ingin menjadi calon bidadari di dunia yang pasti akan pudar kecantikannya....
YA ALLAH...kau bangunkan aku untuk memperjuangkan agama MU yang mulia ini dan jadikan lah aku wanita yang sentiasa melabuhkan cintaku kepada MU...
YA ALLAH, jika aku menyembah Mu kerana aku takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka...
YA ALLAH, sekiranya aku menyembah Mu kerana mengharapkan syurga, campakkanlah aku dari syurga Mu..
YA ALLAH, namun sekiranya aku menyembah MU semata-mata demi Mu, janganlah ENGKAU enggan memeperlihatkan keindahan wajah MU yang abadi kepada ku..
AMIN YA RABBAL ALAMIN... :
PERLAKUAN DUDUK ANTARA DUA SUJUD


BACAANNYA

Thursday 29 September 2011

PERLAKUAN IKTIDAL DAN BACAAN


Tuesday 27 September 2011